Perak Hari Ini

Kempen Kesedaran Antibiotik Pupuk Amalan Penggunaan Bijak

TAIPING: Kempen Kesedaran Antibiotik Peringkat Negeri Perak dilihat mampu memberikan pendedahan kepada masyarakat khususnya di negeri Perak untuk menggunakan antibiotik secara berhemah dan bijak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Hospital Taiping tersebut merupakan antara pendekatan terbaik untuk mendidik orang ramai.

Katanya, antibiotik memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan tahap kesihatan rakyat di negara ini.

PERAK TODAY 2
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon

Tambahan pula, kebanyakkan negara sering diancam oleh penyakit berjangkit menerusi beberapa masalah seperti kemiskinan, pemakanan tidak seimbang, sanitasi yang buruk dan kawasan perumahan yang tidak baik.

Namun begitu, tegasnya, penggunaan antibiotik yang tidak rasional pada masa kini boleh mendatangkan pelbagai kesan dan ia merupakan satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Penggunaan antibiotik yang tidak terkawal oleh pengamal-pengamal kesihatan ataupun pesakit boleh menyebabkan banyak kesan yang timbul.

“Sesetengah antibiotik pula diperolehi oleh orang ramai melalui farmasi ataupun sumber-sumber lain tanpa preskripsi atau nasihat daripada doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Kempen Kesedaran Antibiotik Peringkat Negeri Perak 2015 yang diadakan di Pavillion, Zoo Taiping, di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie dan Pengarah Hospital Taiping, Dr Kamaruddin Alias.

Ujarnya, penyalahgunaan tersebut akan menyebabkan antibiotik tidak lagi berkesan terhadap penyakit atau kelompok penyakit tertentu yang berlaku di sesuatu kawasan.

Tegasnya, ia secara tidak langsung bukan sahaja menjadi satu pembaziran serta sia-sia, malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh badan manusia.

Justeru, beliau menyarankan agar kedua-dua pihak iaitu pengamal perubatan dan orang ramai supaya dapat mengamalkan cara penggunaan antibiotik dengan betul.

“Semoga pendedahan melalui kempen ini akan dapat mendidik kita semua supaya lebih bijak dan berilmu tentang antibiotik,” tambah beliau lagi.

Kempen Kesedaran Antibiotik Peringkat Negeri Perak yang bermula pada 16 hingga 22 November ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Ia termasuklah senamrobik, pertandingan mewarna, sesi forum, slot khas bersama Pusat Sumber Diabetes serya ‘hand hygiene dance’ daripada anggota Hospital Taiping.

Program tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran maskot serta persembahan tarian daripada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");