Panasnya Hari Ini

Kenaikan Tarif Air Di Selangor Tidak Masuk Akal

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kekesalan berhubung tarif air kerajaan Selangor yang dirasakannya cukup mendadak.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau merasakan keputusan yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk menaikkan tarif air sejurus selepas proses pengambil alihan syarikat konsesi air selesai sepenuhnya tidak munasabah malah bercanggah dengan matlamat asal.

Ujarnya lagi, kenaikan tarif air itu hanya boleh dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya.

Malah kenaikannya juga tegasnya perlu tidak melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

“Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan,” katanya.

Beliau turut menggesa penubuhan satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan supaya dapat memantau isu berkenaan.

“Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa.

“Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat,” katanya.

Beliau pada masa yang sama turut mempersoalkan mengenai syarikat yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan kepada SPLASH dan bayaran konsultansi yang dibayar kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak perlu lagi mengikut Perjanjian Konsesi kerana sudah mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan kaedah ‘harga’ dan ‘kos’ yang baharu untuk mengurangkan dan menghapuskan keperluan menaikkan tarif,” katanya.

Kerajaan negeri juga dinasihati supaya memahami secara mendalam berkenaan segala butiran akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan.

Abdul Khalid juga berharap supaya Pakatan Harapan menghentikan bersikap hipokrit dan berdolak dalih dengan membuktikan keupayaan mengurus industri air lebih baik berbanding era pentadbiran Barisan Nasional dan seharusnya menunaikan tawaran yang dinyatakan dalam manifesto PRU13 yang lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");