Panasnya Hari Ini

Kenyataan Bercanggah, Subramaniam Enggan Ulas Isu Vape

KUALA LUMPUR: Isu mengenai rokok elektronik atau vape tidak akan diulas lagi oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam selepas kenyataan bercanggah dengan timbalannya semalam.

Hal itu disebabkan Timbalannya, Datuk Dr Hilmi Yahya telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan kementeriannya melakukan serbuan ke kedai vape adalah satu tindakan ‘agak drastik’.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Subramaniam dikatakan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai vape dan ianya akan dilakukan oleh Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menjawab segala isu berbangkit mengenai isu vape ini.

“Kita (menteri) tidak akan keluarkan kenyataan lagi mengenai vape kerana satu jawatankuasa khas mengenainya sudah ditubuhkan dan akan mula bermesyuarat esok.

“Jawatankuasa ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Kheong dan pakar biadang respitori, ” uajrnya dalam sidang media selepas menghadiri Gotong-Royang Mega Peringkat Kebangsaan pada Ahad.

Terdahulu, pelbagai kritikan dilemparkan kepada Kementerian Kesihatan kerana mengharamkan vape dan ia diburukkan lagi apabila kementerian itu melakukan serbuan dan rampasan cecair perisa vape.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");