Panasnya Hari Ini

Keputusan Husam Kekal Atau Keluar PAS, 13 November Ini

Foto:- MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Tarikh 13 November ini akan menjadi penentu bagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sama ada beliau masih ingin bersama parti itu atau tidak.

Memetik laporan MalaysiaKini, Husam berkata, beliau akan menjawab persoalan itu pada majlis dialog yang dianjurkan oleh pihaknya di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu.

“Saya akan jawab dalam majlis Dialog ‘Demo Tanya Ambo Jawab,” katanya ketika dihubungi oleh MalaysiaKini.

Husam berkata demikian ketika diminta untuk mengulas cadangan daripada Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed yang meminta agar beliau meninggalkan PAS selepas lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfodz turut mencadangkan agar Husam menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diketuai oleh Muhammad Sabu.

Sebelum ini, Husam dengan beraninya mendakwa bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Husam mendedahkan perkara tersebut melalui satu rakaman video ketika berceramah di Kota Bharu dan turut berkongsi di laman Facebook beliau, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan tersebut dan berkata, meskipun UMNO dan PAS bekerjasama, bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kedua-dua parti tersebut masih tidak mencukupi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");