Jenayah

Kontena bawa jubin jatuh

KLANG – Sebuah lori yang membawa muatan kontena terbabas dan terjatuh dari jejambat berketinggian kira-kira 10 meter.

Kejadian di Jalan Pelabuhan Utara, semalam, dipercayai berpunca akibat pemandu lori gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh di jejambat itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Shaharman Shahadan berkata, seramai lapan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah hari.

Menurutnya, siasatan polis mendapati lori membawa muatan jubin itu dari arah Lebuhraya Kesas menghala ke Pelabuhan Utara.

“Ketika melalui satu selekoh di jejambat, lori dipandu seorang lelaki lingkungan 30-an hilang kawalan dan melanggar tembok.

“Insiden menyebabkan kontena sepanjang 12 meter pada lori itu terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter sebelum melibas papan tanda arah,” katanya.

Papan tanda berkenaan telah tumbang dan menghalang dua lorong di jalan tersebut.

Katanya, kejadian tidak melibatkan kenderaan lain yang melalui jalan terbabit.

“Pemandu lori yang dipercayai patah kaki dan cedera ringan berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian. Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");