Panasnya Hari Ini

Lapan Pasukan Mara ke Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2015

KUALA LUMPUR: Dua pasukan tangga teratas daripada empat kumpulan berjaya mara ke separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2015 semalam.

Pasukan Perlis menepati ramalan awal untuk menempah slot ke suku akhir setelah menunjukkan pretasi cemerlang membelasah Pulau Pinang lima gol tanpa balas sebelum menundukkan Melaka dengan jaringan yang sama.

Perlis sebagai juara bertahan dan Naib Juara Piala Agong 2015 nyata menunjukkan pretasi terbaik sebagai pasukan pilihan.

Naib juara kumpulan B, PDRM pula bermula perlahan selepas seri dua perlawanan awal bertemu Proton dan Singapura.

Pasukan yang digelar The Cops ini berjaya menemui rentak permainan sebenar mereka dalam pertemuan dengan pasukan Kuala Lumpur dan menjaringkan empat gol tanpa balas, seterusnya melangkah ke pusingan seterusnya sebagai naib juara kumpulan.

Tuan rumah untuk saingan kumpulan A, Negeri Sembilan turut menepati ramalan awal untuk mara ke peringkat kalah mati yang bakal menentang naib juara kumpulan B, Kuala Lumpur.

PERR_Negeri Sembilan

Pasukan Terengganu pula bangkit dari kekalahan awal pada perlawanan pertama untuk bertemu dengan pasukan ATM yang cemerlang di kumpulan C.

Pertembungan dua pasukan dari Pantai Timur, Kelantan dan Pahang bakal menjadi tumpuan pada peringkat suku akhir ini.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 29 November dan 5 Disember ini.

Berikut jadual dan venue perlawanan pertama suku akhir pada 29 November ini:

1- Perlis lawan PDRM (Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar / 4.30 petang)

2- Kuala Lumpur lawan Negeri Sembilan (akan diumumkan kemudian)

3- Pahang lawan Kelantan (Stadium Darul Makmur, Kuantan / 4.30 petang)

4- Terengganu lawan ATM (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu / 4.30 petang)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");