Panasnya Hari Ini

Lebih 200 Cawangan Akan Sertai Protes Terhadap Najib

KUALA LUMPUR: Menurut Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Amidon lebih Lebih 200 lagi cawangan Umno dipercayai akan mengadakan protes terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan dalam satu majlis khas Jumaat ini.

Memetik sumber daripada Sinar harian, protes itu dijangka merupakan satu protes yang lebih besar ditujukan kepada pemimpin nombor satu negara itu.

“Selangor sahaja ada 22 bahagian Umno, sekurang-kurangnya 10 cawangan setiap bahagian akan bersama kami dalam bantahan ini.

“Ramai ketua-ketua cawangan menyatakan persetujuan untuk bersama dalam majlis berkenaan nanti,” katanya ketika ditemui semalam,” katanya dalam sidang media bersama 22 lagi ketua cawangan Umno dalam bahagian Puchong menegur kepimpinan

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan mereka ini adalah kehendak mereka sendiri dan bukannya untuk mendapatkan sebarang manfaat daripada pihak berkepentingan.

“Jangan salah anggap dengan tindakan kami ini seolah-oleh akan memburukkan parti, kerana sayangkan parti lah kami buat semua ini.

“Kami ini bukan hanya ahli Umno, tetapi orang Umno yang bersedia dengan apa jua tindakan, kami tidak gentar,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");