Panasnya Hari Ini

Lebih Ramai Ketua UMNO Cawangan Bakal Dikenakan Tindakan Displin-Ku Nan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataannya menjelaskan bahawa akan terdapat lebih ramai Ketua UMNO cawangan yang akan dikenakan tindakan disiplin berikutan tindakan mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Tambahnya, tindakan itu bukan sahaja melanggar disiplin malah boleh menghancurkan negara dan parti.

“Ramai lagi yang akan di bawa ke Jawatankuasa Disiplin… ketua cawangan ini semua tak ada disiplin.

“Saya perlu orang yang berdisiplin dalam parti,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat di Hotel Istana memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini.

Beliau mengaggarkan sebanyak sembilan ketua cawangan akan dikenakan tindakan tidak tepat kerana bilangannya lebih ramai.

“Lebih baik tak ramai ahli tetapi komited daripada ramai ahli yang beragenda menghancurkan negara dan juga menghancurkan parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");