Sukan Hari Ini

Leicester sedia kekang United

LEICESTER City sudah bersedia untuk pertarungan menentang Manchester United di Stadium King Power, awal pagi esok dalam usaha pasukan itu mempertahankan kedudukan teratas Liga Perdana Imggeris (EPL).

Pengendalinya, Claudio Ranieri berkata, misi mereka pada perlawanan itu ialah memberikan persembahan terbaik dalam usaha merangkul tiga mata, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam liga.

“Perlawanan ini boleh dianggap besar kerana perhatian terarah kepada kami, tetapi kami akan bermain seperti biasa dan turun tanpa tekanan.

“Bagi saya, perlawanan ini adalah untuk melihat bagaimana kita akan meningkatkan kualiti apabila bermain dengan pasukan yang hebat,” katanya.

Untuk rekod, Leicester hanya kalah sekali daripada 13 perlawanan mereka musim ini dan berada di puncak liga buat kali pertama sejak 2000 dengan mengumpul 28 mata.

United di tangga kedua dengan 27 mata, diikuti Manchester City dan Arsenal masing-masing 26 mata dan Tottenham Hotspur kelima dengan 24 mata.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");