Perak Hari Ini

Lelaki Lumpuh Hidup Sebatang Kara

SELAMA: Seorang lelaki yang lumpuh akibat terjatuh sejak lapan bulan lalu hidup sebatang kara dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Rani Ahmad, 49 tahun, sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun kini tinggal seorang diri di Kampung Bukit Kuala Nor dan disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) akibat lumpuh separuh badan iaitu dari paras bahu kiri hingga kedua belah kakinya.

Menurut Rani, masalah kesihatan yang dilaluinya itu bermula apabila dia terjatuh ketika sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja pada Mac yang lalu.

Rani kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping oleh jirannya akibat kecederaan yang dialami bagi mendapatkan rawatan.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan bahawa saya mengalami lumpuh separuh kiri badan.

“Kesakitan di bahagian kiri badan mula merebak sedikit demi sedikit sehinggalah kedua-dua belah kaki tidak mampu untuk bergerak lagi,” ujarnya.

Rani berkata, pada mulanya dia tidak dapat menerima kenyataan apabila doktor mengesahkan dirinya lumpuh dan menangis setiap hari apabila mengenangkan nasib dan masalah yang menimpanya.

“Sedih mengenang nasib. Dulu saya boleh bergerak tapi sekarang terpaksa mengharapkan bantuan orang dengan menggunakan kerusi roda,” ujarnya yang baru kehilangan ibu minggu lalu.

Jelas Rani, sejak dirinya lumpuh, dia terpaksa bergantung kepada belas ikhsan rakan-rakan dan jiran-jiran bagi keperluan makanan.

LUMPUH 2

“Saya terharu dan bersyukur kerana ada seorang abang kandung, saudara dan rakan yang prihatin dan sanggup membantu menjaga saya,” katanya.

Rani berkata dia tinggal bersendirian di rumah yang uzur itu dan tidak pernah berkahwin.

“Setiap hari saya berdoa kepada Allah semoga ada ada insan yang sudi membantu mengubati penyakit saya agar saya dapat berjalan dan berkerja seperti dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, keadaan hidup Rani yang menyedihkan itu mendapat perhatian jirannya, Mohd hafis Ismail, 23 yang menzahirkan perasaan kasihan melihat sahabatnya yang tinggal keseorangan itu.

LUMPUH 4 (2)

“Setiap malam saya akan datang untuk menjaganya, kerana bimbang terjadi perkara yang tidak dingini.

LUMPUH 3

“Baru-baru ini banjir, mujur saya ada dalam rumah air naik paras lutut cepat-cepat saya angkat dia keluar,” ujarnya.

Hafiz menjelaskan dia hanya bekerja sebagai penoreh getah dan hanya mampu untuk memberikan sedikit bantuan makan dan minum kepada Rani.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Selama, Lee Boon Siew menyatakan pihaknya turut prihatin mengenai keadaan hidup Rani.

“Pihak kami akan membantu Rani dari segi kebajikan dan akan cuab mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapinya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");