Panasnya Hari Ini

Liputan Media Perhimpunan Agung UMNO Tidak Disekat – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berlangsung bulan depan bebas daripada sebarang sekatan liputan media.

Pengesahan itu jelas menidakkan tentang laporan sebelum ini yang mendakwa liputan media sempena perhimpunan agung itu dijangka akan agak lebih terhad.

Tambahya lagi, siaran langsung melalui skrin besar di luar dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga telah dibatalkan sama sekali.

Bagaimanapun, jelasnya lagi terdapat beberapa media tertentu termasuk yang dihalang masuk ke PWTC sempena PAU pada tahun lalu akan disekat dan ada sesetengahnya akan dikenakan syarat lebih ketat.

“Liputan media berjalan seperti biasa.

“Cuma kita tidak mahu ada media yang putar belit fakta dan laporan. Perbuatan mereka itu akan membuatkan ada pihak yang terasa hati dan sensitif dengan laporan mereka,” katanya pada sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, berikutan cadangan sekatan liputan media berkenaan, pihaknya menerima banyak maklum balas di seluruh negara.

“Kita dengar pendapat mereka dan buat keputusan untuk benarkan media membuat liputan seperti biasa,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");