Perak Hari Ini

LWOT Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah

IPOH: Bersempena dengan cuti sekolah tahun ini, taman air Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan pelbagai pengalaman baru dan kegembiraan kepada pengunjung.

Pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan program menarik seperti The Prince & The Pauper Dance Musical, Malayana Story, Awesome POOL Party dan Santa Claus Meet & Greet pada setiap hujung minggu.

Selain itu, pengunjung juga disarankan supaya tidak melepaskan peluang dengan melakukan aktiviti-aktiviti siang dan malam seperti Christmas Caroling, Tapir Feeding Show, Tiger Feeding Show, Fish Feeding dan Flaming Percussion.

Pengurus Jualan dan Pemasaran LWOT, Angeline Pasqual berkata, beliau harap, dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti ini ianya dapat menghiburkan para pelajar untuk bercuti bersama keluarga.

“Kami harap sepanjang cuti sekolah ini akan dipenuhi dengan kegembiraan keluarga dan rakan-rakan menghabiskan cuti di Lost World of Tambun,”katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Bersempena dengan cuti sekolah ini juga, pengunjung bertuah berpeluang untuk membawa pulang telefon pintar jenama Sony Xperia setiap minggu dengan berbelanja sejumlah RM300 dan ke atas. Sebanyak lapan unit telefon bimbit boleh dimenangi setiap.

Selain itu, LWOT turut menawarkan aktiviti menarik untuk kanak-kanak bersempena dengan cuti sekolah seperti Camping Under The Stars yang akan diadakan pada 28 dan 29 November ini.

Program yang berlangsung selama dua hari ini akan melibatkan para peserta dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar.

Ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia tujuh hingga 14 tahun boleh menghubungi Shalini di talian 05 – 542 8888 untuk tempahan kerana ianya hanya dibuka kepada 100 peserta sahaja dengan harga sebanyak RM288.

Selain itu, LWOT turut akan menyambut ambang tahun baru menjelang malam 1 Januari 2016 di Lost World of Tambun Theme Park bermula dari jam 7 malam hingga detik 12 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");