Sukan Hari Ini

Malaysia juara golf remaja

PEMAIN golf remaja negara, Ashley Lau bukan saja memenangi kategori perempuan bawah 15 hingga 18 tahun malah membantu Malaysia muncul juara berpasukan dalam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa AmBank SportExcel 2015 di Templer Park Country Club Rawang, semalam.

Ashley mengalahkan pemegang juara Sukan Sea 2015, Princess Superal dari Filipina pada playoff lubang kedua selepas terikat 216 pada pusingan akhir. Kombinasinya bersama Suzairi Iqmah Rahim memastikan Malaysia menjadi juara berpasukan dengan jumlah markah 437 untuk mengalahkan pasukan India dan Filipina.

“Memenangi kejohanan ini membuatkan saya supaya bermain lebih baik pada masa hadapan. Ia memberikan keyakinan dan saya tak sabar beraksi di pertandingan Sekolah Sukan Asean pada penghujung bulan ini di Brunei,” katanya berasal dari Sarawak.

Sementara itu, Nor Harith Nor Hadi turut mengharumkan negara dengan bergelar juara kategori lelaki bawah 11 hingga 12 tahun mengatasi rakan sepasukan, Jayden Ng.

Hadiah disampaikan Pengerusi SportExcel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");