Sukan Hari Ini

‘Mana boleh rehat’

Kuala Lumpur: Meskipun Datuk Lee Chong Wei (gambar) pernah menyatakan hanya akan membuat penampilan semula pada Januari tahun depan, bekas pemain nombor satu dunia itu nyata tidak boleh duduk diam.

Bagi memastikan dia terus kekal konsisten, pemain nombor tiga dunia itu menyatakan akan turun beberapa perlawanan saingan Purple League selain meneruskan rutin menjalani latihan setiap hari.

“Memang saya baru habis saingan antarabangsa tetapi perlu juga paksa diri untuk turun menjalani latihan dan terbabit dengan beberapa perlawanan di saingan Purple League.

“Dua bulan tanpa sebarang kejohanan antarabangsa bukan bermakna saya perlu berehat sepenuhnya. Saya akan turun membantu pasukan saya (Petaling Jaya BC).”

“Saya tak pasti berapakah jumlah perlawanan yang akan saya sertai di saingan ini, tetapi saya ditugaskan membantu pasukan apabila bertemu lawan yang kuat,” katanya.

Chong Wei ditemui selepas mencatatkan kemenangan ke atas bintang Jepun Kento Momota sekali gus menyumbang mata kemenangan untuk pasukannya pada saingan Purple League semalam.

Mengulas mengenai lawannya itu yang mewakili Ampang Jaya BC, Chong Wei menegaskan pemain nombor lima dunia itu antara lawan yang bakal memberikan saingan sengit di Sukan Olimpik Rio tahun depan.

“Pada saingan antarabangsa, dia antara pemain yang mempunyai prestasi baik. Saya pasti dia akan menjadi lawan yang sukar pada Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.

Chong Wei menerusi laporan Arena Metro baru-baru ini menyatakan dia akan mula turun ke gelanggang seawal Januari untuk beraksi di Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Pulau Pinang selepas menamatkan aksi musim ini dengan meraih tiga gelaran iaitu Siri Super Terbuka Perancis, Sisi Super Perdana Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");