Perak Hari Ini

Maut Langgar Pokok

SITIAWAN: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Taman Nahkoda dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Abd Fatah Hashim, 24 tahun maut ditempat kejadian selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Sumber berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.55 pagi.

“Jentera telah bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya disana, anggota mendapati mangsa tersepit dalam kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok.

“Mangsa tersepit dibahagian tempat duduk pemandu dan telah disahkan maut ditempat kejadian oleh pihak hospital,” katanya.

Ujarnya, operasi yang diketuai oleh PBK II Ashaari Mat Radzi mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Anggota bomba telah menggunakan peralatan khas menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Operasi tamat kira-kira jam 4.50 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");