Jenayah

Mayat pemandu lori ditemui dalam longkang

PORT DICKSON: Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa bersama motosikalnya di dalam sebuah longkang di Bandar Spring, Lukut, lebih kurang jam 4 pagi semalam.

Kejadian itu disedari pengguna lain yang melalui jalan berkenaan.

Sinar Harian difahamkan, mangsa, K Moorthy, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rantau selepas menziarahi keluarganya di Bandar Springhill.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sekitar jam 10 malam, mangsa dari Bandar Springhill menunggang motosikal bersendirian balik ke rumahnya di Rantau.

“Mungkin masa kejadian tak ada orang nampak kemalangan itu berlaku, sehinggalah pada jam 4 pagi ada pengguna lain perasan Moorthy berada di dalam longkang dan sudah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh ahli keluarganya tengah hari semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");