Jenayah

Meletup ‘makan’ bapa

Keningau: Seorang bapa berusia 56 tahun menemui ajal apabila senjata api buatan anaknya tiba-tiba meletup lalu memuntahkan peluru sehingga menembusi tubuhnya dalam kejadian di Kampung Bunga Raya, di sini, Ahad lalu.

Mangsa, Anthony Duronsoi yang parah di dada kemudian dikejarkan ke Hospital Keningau, di sini, untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun meninggal dunia selepas dua hari dirawat.

Pemeriksaan doktor mendapati lapan peluru penabur terkena pada tubuh lelaki itu dan hanya berjaya mengeluarkan sebutir peluru sebelum mangsa gagal diselamatkan.

Susulan kejadian itu, polis bertindak menahan anak lelaki mangsa berusia 22 tahun untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, pihaknya menerima laporan daripada hospital yang memaklumkan mengenai kejadian mangsa terkena tembakan pada jam 7.25 malam, 22 November lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");