Panasnya Hari Ini

Menantu PM Tuntut Permohonan Maaf Ariff Sabri

KUALA LUMPUR: Menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Daniyar Kesikbayev menuntut Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz supaya membuat permohonan maaf berhubung artikel yang diterbitkan di laman blognya, Sakmongkol AK47.

Menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh peguam Daniyar, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, artikel berkenaan didakwa sebagai sesuatu yang tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas.

Daniyar Kesikbayez juga telah meminta Ariff Sabri untuk menarik semula artikel tersebut.

“Klien saya mempunyai hak-hak sivil dan jenayah untuk memulakan prosiding undang-undang,” kata kenyataan itu.

Artikel yang dipaparkan di blog berkenaan bertajuk ‘Faulty rewards system and changeable governments’ telah diterbitkan oleh Malaysia Chronicle dibawah tajuk ‘Son-in-law Daniyar to be Najib’s new ‘Jho Low’.

Dalam artikel berkenaan, Ariff Sabri mendakwa bahawa kontrak untuk mengubahsuai bangunan yang menempatkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah diarahkan untuk diberikan kepada Daniyar Kesikbayev (Daniyar Nazarbayev).

Ahli Parlimen DAP itu juga mendakwa bahawa pemberian kontrak tersebut tidak melalui proses tender yang telus dan perjanjian itu telah ditandatangani pada September lalu ketika Najib berada di New York.

Menurut kenyataan peguam itu lagi, kesemua dakwaan yang dibuat oleh Ariff Sabri tersebut merupakan satu tohmahan yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi Daniyar Kesikbayez dan nama baik keluarganya.

Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa.

Sehingga kini, artikel berkenaan masih lagi dipaparkan di laman blog Sakmongkol AK47.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");