Jenayah

Miliki cop imigresen palsu

Bukit Kayu Hitam: Seorang lelaki warga New Zealand ditahan apabila didapati memiliki cop keselamatan imigresen palsu ketika cuba keluar dari negara ini dalam pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Mohamad Yusri Hashim berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama seorang wanita tempatan didakwa isterinya ketika mahu memasuki negara jiran jam 7.30 pagi.

Menurutnya, anggota imigresen bertugas yang memeriksa dokumen perjalanan milik warga New Zealand itu menemui keraguan pada dua cop lawatan sosial dan cop keluar dalam pasport berkenaan.

Katanya, cop yang tertera di helaian muka surat pasport itu dikeluarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit tiba bersama wanita berusia 50 tahun itu di Kompleks KIK dari Kuala Lumpur dan mendakwa ingin ke Thailand bagi tujuan melancong. Namun, kami percaya tujuan lelaki itu ke Thailand untuk transit sebelum masuk semula ke Malaysia,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");