Sukan Hari Ini

Misi hidup atau mati

SKUAD hoki muda negara berdepan misi hidup atau mati menentang Korea Selatan dalam aksi suku akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2015 di Stadium Hoki Kuantan, petang ini.

Andai gagal, skuad bimbingan Arul Selvaraj itu terlepas tiket ke saingan Piala Dunia Remaja di New Delhi, India, tahun hadapan.

Bagi Arul, dia menjelaskan perlawanan hari ini merupakan perlawanan terpenting buat dirinya sepanjang menjawat jawatan jurulatih The Young Tigers.

“Setakat ini, perlawanan menentang Korea adalah aksi paling penting. Ia akan menentukan sama ada kami layak ke Piala Dunia atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun menurut Arul, dia tetap yakin dengan kemampuan pasukannya untuk menang dalam perlawanan itu nanti.

“Ia misi hidup dan mati kami. Pemain sudah bersedia untuk perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Kelmarin, Young Tigers mengakhiri saingan peringkat Kumpulan A di tangga kedua di belakang India.

Malaysia bertemu Korea yang menghuni tangga ketiga Kumpulan B.

Bagi kapten negara, Muhd Najib Abu Hassan, mereka perlu kekal fokus sepanjang perlawanan andai mahu menundukkan Korea.

“Bagi saya, perlawanan ini amat penting buat masa depan kami. Kami tidak boleh tertekan dan perlu fokus untuk perlawanan hari ini.

“Kami sudah berbincang dengan jurulatih untuk apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan itu nanti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");