Berita Hari Ini

MP BN jadi pelakon Tamil dalam Dewan Rakyat

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dilaporkan melakonkan semula aksi pelakon lagenda terkenal India, Rajnikanth ketika berlangsungnya sidang Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, ahli Parlimen BN itu turut menggelarkan dirinya sendiri sebagai ‘Baasha Malaysia’ ketika memberi penjelasan tentang pengajaran dari filem yang dilakon oleh Rajnikanth dalam filem Manic Baasha.

Beliau dalam pada itu memuji tindakan Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membawa masuk pelakon terkenal dari pelusuk dunia atas usaha mempamer dan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.

“Rajnikanth datang ke Malaysia pada 27 Oktober lalu dan dijadual berada di negara ini selama sebulan untuk penggambaran filemnya yang ke-159, Kabali,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan itu.

Menurut beliau lagi, negara ini masih berada dalam keadaan aman, damai dan ia haruslah dikekalkan serta terus dipelihara agar tiada pihak yang berani mengganggu-gugatnya.

Sementara itu, beliau turut membidas kenyataan Teresa Kok yang mengutuk Himpunan Rakyat Bersatu yang didakwanya bersifat perkauman.

Sedangkan jelas Azeez, himpunan Bersih yang disifatkan sebagai himpunan haram itu membina ketakutan orang ramai serta pelancong kerana bertindak di luar batasan.

Sindirnya, “Inikah yang Ahli Parlimen Seputeh sifatkan sebagai perhimpunan aman dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia apabila tindakan demikian langsung tidak mencerminkan keharmonian masyarakat.

“Inilah imej yang paling buruk sekali yang dipamerkan pembangkang yang menakut-nakutkan pelancong untuk datang ke negara kita.

“Jadi sebelum Seputeh hendak berbahas cermin muka dulu sebab saya tengok Seputeh adalah antara orang yang duduk di depan Bersih 1, 2 dan sebagainya,” katanya ketika membahaskan Bajet 2016 bagi Kementerian Pelancongan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");