Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Akui Mungkin Akan Hadapi Tekanan

PAGOH: “Saya percaya, dalam tempoh yang mendatang ini, saya akan terus menghadapi tekanan,” luah TImbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di dalam satu majlis perhimpunan sokongan terhadapnya yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Johor, semalam.

Katanya lagi, beliau turut sedar bahawa apa yang dilakukannya ini akan berhadapan dengan risiko tetapi beliau turut yakin bahawa apa yang beliau sebutkan selama ini bukan satu kesalahan.

“Saya percaya dalam tempoh yg mendatangini saya akan terus hadapi tekanan. Banyak orang kata macam-macam, saya tak kisah. Bloggers nak kata saya ini dah ditolak buat apa nak suruh saya lawan. Nak bertanding lawan pemimpin, mana ada pemilihan. Kalau ada nak juga masuk (ketawa).

“Saya sedar bahawa saya menanggung risiko. Tidak mengapa. Saya juga tahu apa yang saya sebutkan tadi didengari oleh banyak pihak, tetapi saya yakin, apa yang saya sebut bukanlah satu perkara yang salah. Berani kerana benar.

“Itu kita perjuangkan di atas landasan yang betul. Lakukan atas niat yang baik. Kalau lihat hal-hal sebegini, kita cari penyelesaian, bukan menambah beban,”ujarnya.

Ucap bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, tidak akan ada sebarang perubahan yang berlaku.

“Mereka (ahli UMNO) harus sedar tentang musibah besar. Selama manalah mereka harus berdiam diri dengan berkata kepada Presiden ‘Yes Sir’.

“Pada perhimpunan agung akan ada perbahasan ucapan dasar, akhirnya akan buat keputusan menyokong pimpinan parti. Apa penyelesaian?

“Selepas PAU, apa jadi? Tak ada apa-apa. Apa tujuan kita, mana hala tuju kita? Selama mana rakyat harus tanggung beban yang kita lakukan?,”tegasnya.

Muhyiddin berkata, beliau juga tertanya-tanya sampai bila kemelut yang berlaku di dalam UMNO dan kerajaan akan berakhir.

Katanya, disebabkan kemelut yang berlaku ini, beliau turut khuatir sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih mampu kekal sebagai kerajaan atau tidak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tunggu sampai PRU. Saya tak tahu kalau Pagoh (Parlimen) boleh menang. Saya risau dan bimbang. Ada kawasan yang menjadi penyokong kuat kita. Tetapi mereka fikir balik, wajarkah terus menyokong (UMNO/BN). Akhirnya mereka ambil keputusan duduk atas pagar.

“Kebimbangan saya terhadap orang atas pagar ini semakin besar kerana merekalah penentu kemenangan kita dalam pilihanraya,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");