Panasnya Hari Ini

‘Nak pecat saya pun saya terima’ – Muhyiddin

PAGOH: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau rela dipecat sekiranya apa yang beliau lakukan selama ini merupakan satu kesalahan, beliau terima dengan hati yang terbuka.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam satu majlis perhimpunan sokongan terhadapnya yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Johor, semalam.

“Jika apa yang saya sebutkan di sini akan diambil sebagai satu bukti oleh pihak pimpinan tertinggi bahawa saya sudah bertindak diluar batas, nak singkirkan saya, saya redha. Nak pecat saya pun saya terima.

“Saya tak apa sekiranya saya terpecat dan dipecat kerana saya menyalahi perlembagaan, saya sanggup. Mungkin akan datang tuan puan tidak akan sambut saya lagi, saya datang seorang sahaja kerana dah jadi Ahli Parlimen bebas.Its alright,”katanya.

Tambah Muhyiddin lagi, beliau tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya dibuang daripada UMNO dan walaupun dibuang, hatinya tetap memilih UMNO.

“Setiausah Agung (Tengku Adnan Tengku Mansor) cakap, enam orang akan disiasat. Mungkin salah seorang ialah Muhyiddin Yassin. Ketua UMNO bahagian Pagoh, its alright.

“Saya tak boleh buat apa-apa. Kalau itu sebab mereka nak buang saya, saya terima dan redha,nak pancung, cincang saya, hati saya tetap UMNO,”tegasnya dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada penyokong yang hadir.

Dalam ucapannya juga, beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dilakukan beliau selama ini adalah benar dan demi kebaikan negara.

Tambahnya lagi, meskipun menyedari apa yang diucapkannya adalah satu risiko, beliau sanggup menerima kesannya demi rakyat.

“Saya sedar bahawa saya menanggung risiko, tidak mengapa. Saya tahu apa yang saya sebutkan tadi didengari oleh banyak pihak. Tetapi saya yakin, apa yang saya sebut bukanlah satu perkara yg salah.

“Berani kerana benar. Itu kita perjuangkan diatas landasan yang betul. Saya lakukan atas niat yg baik.,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");