Sukan Hari Ini

‘Nasib baik kami menang’

Kuantan: “Kalau kami tidak menang, kami tidak balik Korea.”

Demikian komen pengendali Korea Selatan Jang Jung Min yang memberi gambaran betapa mereka malu untuk pulang ke Korea Selatan sekiranya gagal menewaskan Malaysia pada aksi suku akhir semalam.

Ini kerana andai itu berlaku, Korea tidak akan dapat menempah tiket ke Piala Dunia Remaja tahun depan dan nasib malang itu berlaku ke atas skuad negara.

Kata-kata itulah yang memberi semangat kepada anak buahnya untuk bangkit semula menewaskan skuad negara.

“Selepas ketinggalan gol, saya hanya mahu pemain mencari gol penyamaan dan cuba sehabis mungkin untuk mencapai kemenangan.

“Pemain akhirnya memenuhi tanggungjawab itu,” kata Jung Min pada sidang media semalam.

Jelas beliau, selain semangat juga tinggi ditunjukkan barisan pemainnya untuk bangkit semula, nasib juga menyebelahi mereka.

“Ternyata kami lebih bernasib baik berbanding Malaysia. Apapun, setiap pemain memberikan yang terbaik pada perlawanan hari ini (semalam),” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");