Sukan Hari Ini

NS Wanderes benam ego KL Sarances

Mantin: NS Wanderes membuktikan mereka sememangnya lebih layak ke pentas final apabila membenam ‘keegoan’ KL Sarances pada saingan separuh akhir Kejohanan Ragbi Kelab-kelab Kebangsaan (NICC) 2015 di Kolej Tuanku Ja’afar, semalam.

Dalam aksi itu, wakil kelab yang berpengkalan di Negeri Sembilan itu berjaya menewaskan pasukan dari Lembah Klang dengan keputusan 14-11 menerusi aksi masa tambahan selepas kedua-duanya terikat 11-11 dalam masa sebenar.

Menurut pengurus pasukan Fahmy Jalil, pemainnya beraksi cukup bertenaga dan bersemangat walaupun dari awal mengetahui kelebihan yang dimiliki NS Wanderes.

Katanya, kemenangan itu bakal menambah keyakinan mereka untuk mencabar kejuaraan NICC musim ini yang dijangka berlangsung di Stadium Mini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 6 Disember ini.

“Saya puas hati dengan kemenangan yang kami raih petang ini (petang semalam) kerana pemain bermain bersungguh-sungguh dan mengikuti taktikal dirancang.

“Walaupun perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan, fokus dan mental pemain cukup baik malah mereka menunjukkan karektor calon juara.

“Kami berharap akan mendapat kemenangan semasa final nanti untuk menjadi motivasi bagi kami apabila bermain di Liga Super Kebangsaan 2016,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi separuh akhir itu.

Tambahnya, barisan pertahanan juga memainkan peranan penting dalam menyekat gerakan berbahaya lawan.

“Barisan pertahanan berjaya menggagalkan gerakan pihak lawan. Dengan disiplin tinggi, pemain berjaya melakukannya dan akhirnya rezeki milik kami,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");