Panasnya Hari Ini

Nurul Izzah Fail Saman Terhadap Khalid & Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday hari ini, Saman itu difailkan pagi ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi setelah dakwaan keatas dirinya dikatakan telah melakukan pengkhianatan kerana bertemu dengan anak perempuan Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram baru-baru ini.

Nurul Izzah dalam tuntutannya menyatakan bahawa kedua-dua individu berkenaan telah menuduhnya sebagai ‘pengkhianat’ dan melakukan ‘jenayah’ yang serius.

Peguamnya N. Surendran berkata, dakwaan mereka yang mengatakan Nurul Izzah melakukan ‘pengkhianatan’ hanya kerana memenuhi permintaan anak perempuan Sultan Sulu itu adalah karut.

Nurul Izzah juga turut memohon ganti rugi am dan agregat serta injunksi terhadap Khalid dan Ismail Sabri sebagai menghalang mereka daripada membuat sebarang kenyataan fitnah lagi terhadap dirinya.

Jelas Surendran lagi, tiada penawaran tuntutan maaf diberikan kerana tuntutan mahkamah telah difailkan tanpa mengeluarkan surat tuntutan lain kepada kedua-dua defendan.

Tambahnya, Ahli Parlimen Lembah Pantai berhak untuk memfailkan tuntutan mahkamah terhadap mereka tanpa mengeluarkan surat tuntutan kerana tuduhan itu sangat serius.

Nurul Izzah juga dijangka akan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang esok (Jumaat) untuk dirakamkan kenyataan.

“Saya bersedia untuk menjawab” katanya.

Terdahulu, Khalid dalam kenyataannya ingin mengetahui daripada Nurul Izzah, dengan memanggilnya untuk memberi kenyataan dan berkemungkinan disiasat di bawah Sosma.

Pada 22 November lalu, Ismail Sabri turut berkata, bahawa pertemuan Nurul Izzah dengan Puteri Jacel Kiram III itu sebagai satu pengkhianatan kerana individu dan juga keluarga yang terlibat dengan tragedi di Lahad Datu pada tahun 2013 itu pastinya akan tersinggung dengan perbuatan Nurul Izzah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");