Isu Panas

PAN sedia ganti JKKK PAS yang dipecat

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) sedia menggantikan 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mewakili PAS yang dipecat di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata parti itu sudah pun memiliki calon yang dipilih oleh Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa bagi menyertai kekosongan dalam kerajaan negeri itu.

“PAN sebagai anggota Pakatan Harapan Pulau Pinang sudah sedia menerima sebarang pelantikan bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri kerana PAS sudah keluar daripada kerajaan Pulau Pinang.

“Pelantikan calon dibuat oleh jawatankuasa peringkat negeri diketuai Mujahid dan dia dan ahli jawatankuasanya sudah menyiapkan senarai bagi anggota baru menyertai kerajaan negeri,” katanya pada sidang media PAN di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan sudah memecat 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mewakili PAS yang enggan menyokong Pakatan Harapan di negeri itu.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");