Panasnya Hari Ini

PAS Bersedia Jadi Penasihat BN- Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Pas menerusi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk menjadi penasihat keajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak untuk mengubah dasar pentadbirannya.

Memetik sumber Sinar harian, ujarnya perjuangan parti Islam itu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara.

“Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan.

“Kita bukan gilakan kuasa atau mahu kuasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain iaitu ambil alih pemerintahan,” katanya.

Tambahnya kesediaannya itu bukan mahu menjatuhkan Perdana Menteri kini tetapi sekadar ingin memperbetulkan dasar.

“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” jelasnya.

PAS katanya hanya tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan bantuan diberi kepada rakyat yang dakwanya wujud pelbagai masalah berkenaannya.

“Setuju dengan UMNO bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dengan mereka kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN, bukan di dalam BN malah kita tidak akan bergabung dengan UMNO.

“Sebagai langkah untuk perbetulkan kerajaan, Pas sedia menghantar pasukan untuk berbincang dengan UMNO baik mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan , kejatuhan ringgit dan sebagainya,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");