Isu Panas

Pas sentiasa buka pintu

ALOR SETAR – Pemuda Pas Kedah sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang mahu bersama parti itu menggembleng anak muda untuk kembali bersemangat menempuh ranjau politik negeri.

Ketuanya, Mohd Azam Abd Samat berkata, penyatuan secara berpadu, jujur dan saling bekerjasama sebelum ini membuktikan Pas mampu bertolak ansur dengan PKR hingga sama-sama pernah memerintah Kedah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dahulu.

Menurutnya, pengakuan terbuka Ketua AMK Padang Serai pada Kongres Nasional AMK dan Wanita tahunan kali ke-11 meletakkan Pas sebagai parti dominan di negeri ini adalah satu kenyataan berasaskan bacaan kepada realiti sebenar landskap politik Kedah.

“Kita amat menghargai pandangan itu di saat ada cubaan mahu memadamkan hakikat itu.

“Kenyataan itu juga seharusnya memberi kesedaran kepada pemimpin utama mereka di peringkat atasan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua AMK Padang Serai, Mohd Ridhwan Mohd Razali tentang pembangkang hanya bermimpi untuk kembali mentadbir Kedah jika memutuskan hubungan dengan Pas kerana realiti sebenar negeri itu didominasi Pas.

Justeru, katanya, komponen pembangkang di negeri ini perlu bersatu hasrat dan tenaga agar tercapai kesatuan bagi menumbangkan Umno-BN.

“Semua pihak harus segera merapatkan saf dan bekerja untuk rakyat supaya perubahan lebih baik terhadap landskap politik serta pentadbiran negeri dapat dilaksanakan secara konsisten,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");