Panasnya Hari Ini

Pas Tolak Kerjasama Dengan Harapan Di Selangor

KUALA LUMPUR: Pas menyatakan keengganan dan menolak sama sekali cadangan untuk menandatangani perjanjian kerjasa sama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, ketegasan itu dilontarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang meminta satu perjanjian kerjasama dibuat antara PH dan Pas di Selangor.

Kerjasam itu katanya untuk mencari penyelesaian masalah yang membelenggu pentadbiran negeri.

Ujarnya PAS masih menjalin kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan kerjasama politiknya dengan DAP.

“Kerajaan Selangor berjalan dengan baik dan PAS berpuas hati dengan perjalanan sekarang. Rasanya tiada apa yang perlu di selesaikan di Selangor kerana tiada masalah besar,” katanya.

Tambahnya lagi, semua pihak termasuk juga kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor perlu memberi keyakinan kepada kerajaan negeri sedia ada berikutan penubuhannya dahulu adalah merupakan hasil kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Semua pihak perlu menyokong kerajaan negeri yang ada, kerana pemerintahan sekarang hasil mandat rakyat dalam PRU ke-13 lalu,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");