Sukan Hari Ini

Pemain Pahang diingat jangan leka

PENGENDALI skuad Piala Emas Raja-Raja Pahang, Nordin Muhamed mahu anak didiknya tidak leka dan terlalu dibuai kemenangan cemerlang di peringkat kumpulan menjelang suku akhir menentang Kelantan, 29 November nanti.

Katanya, mengutip mata penuh tiga perlawanan peringkat kumpulan satu keputusan positif yang perlu diteruskan pada aksi seterusnya.

“Kita tidak boleh terlalu leka dengan keputusan peringkat kumpulan kerana ia akan memakan diri pada aksi hujung bulan ini.

“Orang ramai mungkin melihat Pahang pasukan yang kuat dan pilihan ke final namun saya secara peribadi melihat kesemua pasukan mempunyai peluang yang sama.

“Kelantan juga ada kekuatan yang tersendiri jadi saya tidak mahu pemain ambil mudah, ” katanya yang mengharapkan peminat tempatan akan akan hadir ke Stadium Darul Makmur, Ahad memberikan sokongan.

Selain Pahang yang mengesahkan kedudukan lapan terbaik, juara bertahan Perlis, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perlis yang juga naib juara Piala Agong 2015 menepati ramalan awal menempah slot suku akhir selepas bermula garang membelasah Pulau Pinang 5-0 sebelum menundukkan Melaka dengan jaringan yang sama.

PDRM pula yang bermula perlahan selepas seri pada dua perlawanan awal bertemu Proton dan juga Singapura melangkah selaku naib juara Kumpulan B selepas berjaya membenam Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan yang menjadi tuan rumah untuk saingan Kumpulan A turut menepati ramalan awal mara ke peringkat kalah mati dan akan bertemu Kuala Lumpur.

Terengganu pula bangkit dari kekalahan aksi pertama untuk bertemu dengan ATM yang cemerlang di Kumpulan C.

Perlawanan tumpuan suku akhir nanti pastinya mempertemukan dua pasukan pantai timur, Kelantan dan Pahang.

Kelantan yang hampir tersingkir namun kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor pada perlawanan akhir kumpulan berjaya menyelamatkan mereka untuk mara bertemu Pahang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");