Sukan Hari Ini

Pemain simpanan boleh diharap: Zainal

Kuantan: Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan yang dalam misi mempertahankan Piala Malaysia gembira dengan peningkatan prestasi pemainnya terutama barisan pemain simpanan.

Katanya, prestasi meyakinkan dipersembahkan Mohammad Abdul Aziz Ismail, D Saarvindran dan Mohd Rizua Shafiqi Kamarulzaman membantu memperkasakan jentera pasukan.

Katanya, persembahan mantap ketika Pahang seri 0-0 dengan Pulau Pinang pada aksi terakhir peringkat kumpulan memberi petanda positif apabila skuad Tok Gajah beraksi pada suku akhir Piala Malaysia pada 24 dan 28 November ini.

“Saya memuji aksi mereka terutama Aziz yang diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama kerana mampu mengawal jentera pertahanan dengan tenang.

“Begitu juga Rizua Shafiqi dan Saarvindran yang dilihat membantu menguatkan jentera tengah dan beraksi cemerlang yang memberi kelegaan kepada saya apabila bertemu LionsXII nanti.

“Sekurang-kurangnya saya lihat ada beberapa pemain boleh diturunkan untuk saingan suku akhir nanti jika ada pemain utama mengalami kecederaan,” katanya, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, rehat empat hari diberikan kepada semua pemain kecuali tujuh hari buat kepada mereka yang menyambut Deepavali.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, sebaik sesi latihan bersambung, soal kecergasan akan diberikan keutamaan sebelum mempraktikkan taktikal dan percaturan pemain.

“Saya percaya pertemuan dengan LionsXII sudah pasti memerlukan lebih kekuatan bukan saja fizikal, malah mental apabila berada dalam aksi kalah mati ini,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91446#sthash.o12MoArv.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");