Isu Panas

Pengerusi PKR Sabah Mahu Jumpa Nurul Izzah

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mahu bertemu dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung gambar beliau bersama Jacel H.Kiram Hasan, anak perempuan Jamalul Kiram II yang mengarahkan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013.

Pengerusinya, Datuk Lajim Ukin enggan membuat sebarang komen mengenai gambar kontroversi yang membangkitkan kemarahan ramai rakyat Sabah kerana bapa Jacel mengarahkan adiknya, Agnimudie Kiram untuk ‘menawan semula’ negeri itu untuk keluarga mereka.

“Saya akan bercakap dengan Nurul terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan,” kata Lajim.

Beberapa ahli politik Sabah mempertikaikan motif beliau dengan ada di kalangan mereka meminta Nurul Izzah dilarang memasuki Sabah kerana didakwa mendapat sokongan keluarga Kesultanan Sulu, dalang di sebalik insiden berdarah di Kg Tanduo, Lahad Datu, dua tahun lalu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");