Perak Hari Ini

Penjenayah Sentiasa Cari Peluang -KPN

IPOH: Kumpulan penjenayah sentiasa mencari peluang untuk melakukan jenayah khususnya di kawasan di Pantai Timur Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia termasuklah kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Ujarnya, sekiranya kumpulan tersebut mendapat peluang, mereka akan menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan jenayah di negara ini.

“Pihak berkuasa kita perlu sentiasa bersedia dan beri perhatian dalam menghadapi ancaman daripada kumpulan-kumpulan penjenayah itu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Justeru, beliau telah mengingatkan kepada pihak berkuasa untuk sentiasa berwaspada dengan segala ancaman yang diberikan.

“Mereka memang menunggu peluang. Bila ada, mereka akan ambil peluang itu untuk melakukan jenayah di tempat kita

“Jadi sebab itulah saya sentiasa mengingatkan pasukan kita dibarisan hadapan supaya sentiasa berjaga-jaga dan awas dalam apa juga perangkap daripada pihak belah sana itu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihak berkuasa Filipina telah menghubungi pihaknya berhubung kes pancung tebusan, Bernard Then Ted Fen, 39, yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

“Semalam pihak polis Filipina telah berhubung dengan kita dan membuat aturan bagaimana sampel DNA keluarga mangsa ini untuk pengesahan identiti.

“Pihak kita akan aturkan perkara tersebut secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor telah memancung kepala Bernard Then Ted Fen dan Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier General Alan Arrojada juga telah mengesahkan bahawa jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");