Jenayah

Penjual ikan rogol anak rakan

KOTA BHARU – Seorang penjual ikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merogol anak rakannya yang bersekolah di tingkatan satu.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Kuala Besar Badang, Kota Bharu didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Kampung Banggol pada jam 2.30 petang, 5 November lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Tuduhan dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorhaslinda Che Seman. Susulan penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mariah Omar memohon tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes dan tidak mencadangkan jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 29 Disember depan untuk pendengaran laporan perubatan mangsa, sementara tertuduh akan ditahan di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kerana jaminan tidak dibenarkan.

Tertuduh yang berpendapatan RM200 seminggu terbabit hadir ke mahkamah sambil ditemani ahli keluarganya.

Dia diwakili peguam, Ahmad Nuri Abdul Rahman.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");