Panasnya Hari Ini

Perang DAP – PAS Berpunca Dari Abdul Hadi

Foto: MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menuding jari kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai individu bertanggungjawab memulakan ‘perang’ antara kedua-dua parti itu.

Ulasnya, ‘serangan’ itu bermula apabila Abdul Hadi mengumumkan bahawa PAS berhasrat akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Serangan tidak berasas daripada PAS terhadap DAP juga boleh dilihat dari tuduhan liar Presiden PAS yang mendakwa DAP cuba memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan untuk ‘menghalalkan’ perjudian dan arak kepada masyarakat beragama Islam,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang meminta agar DAP khususnya, berhenti memprovokasi PAS kerana tidak memberi manfaat kepada pakatan pembangkang.

Anthony turut berkata, semua parti dalam pembangkang perlu sedar bahawa PAS telah menyatakan hasrat secara terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO.

“Bukti yang terbaru ialah keputusan PAS untuk tidak menolak Bajet 2016 di Parlimen semalam,” tegasnya.

Bagaimanapun, Anthony memuji sikap berani tiga Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamed yang menolak Bajet 2016.

Tindakan ketiga-tiga Ahli Parlimen PAS itu ternyata bertentangan dengan hasrat PAS Pusat.

“Namun, keberanian tiga Ahli Parlimen PAS ini tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan tertinggi PAS yang dilihat lebih mesra dengan Barisan Nasional (BN) daripada Pakatan Harapan pada ketika ini,”jelasnya.

Mengulas lanjut, PKR harus sedar bahawa PAS tidak akan berkompromi dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) dan juga DAP.

“Sudah tentu PKR cukup memahami perkara ini kerana mereka juga pernah dikhianati oleh PAS di beberapa kerusi yang ditandingi oleh PKR dalam PRU-13,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");