Panasnya Hari Ini

Persetujuan Najib Untuk Diambil Keterangan Sekadar Wayang – PAS

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diambil keterangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang ‘derma’ sebanyak RM2.6 bilion dan SRC International adalah sekadar wayang, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan persetujuan Perdana Menteri kerana sehingga kini, dua saksi utama masih belum dipanggil untuk menjalani siasatan oleh SPRM.

Dua saksi utama tersebut ialah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yasin.

Katanya, sekiranya Najib serius untuk memberi kenyataan, Najib seharusnya membenarkan kedua-dua saksi itu disiasat kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Jika Najib berminat untuk mendedahkan segala ‘kebenaran’, PAS menyarankan agar Perdana Menteri menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengarahkan Nik Faisal dan Suboh Md Yasin untuk kembali ke Malaysia untuk disoalsiasat oleh SPRM.

“Jika ini semua tidak berlaku, maka kemungkinan besar ini semua hanyalah wayang politik seperti laungan Najib untuk menyaman Wall Street Journals (WSJ) yang tidak terjadi sehingga hari ini,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SRC International dan dana RM2.6 bilion.

SPRM masih menunggu tarikh sesuai untuk mengambil keterangan daripada Najib.

Tuan Ibrahim juga mempersoalkan tindakan Najib yang tidak membantah walaupun syarikat itu tidak mematuhi arahannya di Parlimen pada 22 Oktober lalu agar SPRM menyiasat kedua-dua individu penting terlebih dahulu.

Sebaliknya, Najib membenarkan SRC International agar Peguam Negara menyiasat pihak yang bertanggungjawab terhadap kes tersebut sebelum bekerjasama dengan SPRM.

“Ini dilihat seolah-olah ingin melanggar ‘arahan’ Najib di Parlimen.

“Masalahnya, Najib tidak menyuarakan bantahannya. Apakah ini bermaksud Najib turut bersetuju dengan syarat SRC International? Jika ya, apakah ini juga syarat Najib yang bakal dikemukakan sebelum memberi keterangan penuh kepada SPRM?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");