Perak Hari Ini

Pesawat Ringan Terhempas Di Pangkor

PULAU PANGKOR:Sebuah pesawat ringan didapati terhempas di persisir pantai berhampiran Kampung Tersusun Teluk Dalam
tengah hari tadi.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba dan penyelamat, mendapati terdapat empat mangsa yang terlibat terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

“Panggilan kecemasan diterima pihak penyelamat sekitar jam 1.27 petang tadi,” katanya.

Namun bagaimanapun, status kecederaan keempat-empat mangsa masih belum diketahui.

IMG-20151115-WA0019

“Pesawat ringan jenis Piper 32 telah terhempas di tepi pantai Teluk Dalam,” katanya.

Ujarnya lagi, kesemua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");