Perak Hari Ini

PI1M Bantu Masyarakat Luar Bandar Celik IT

IPOH: Langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dilihat dapat membantu meningkatkat kadar celik IT dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN- Tualang Sekah) berkata, dengan adanya PI1M, SKMM berharap agar masyarakat luar bandar dapat menikmati dan memperolehi faedah sebagaimana penduduk di bandar.

“PI1M ini didatangkan bersama lima Kampung Tanpa Wayar (KTW) bagi setiap PI1M, di mana SKMM menggunakan konsep ‘Hub and Spoke’.

“KTW akan berada di sekitar PI1M dimana setiap KTW akan memberi liputan internet dalam radius 200 meter daripada KTW tersebut, bergantung kepada bentuk muka bumi (blockage),” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Hasbullan Alias (BN-Kubu Gajah) dalam Mesyuarat Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-13, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa pihak SKMM juga sentiasa berusaha bagi meningkatkan perkhidmatan liputan selular dan jalur lebar.

“Antara langkah yang diambil oleh SKMM ialah melalui projek pembinaan menara selular Time 3 (T3).

“Projek T3 ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur Lebar Negara yang bertujuan untuk memberi kemudahan telefon selular dan internet jalur lebar kepada rakyat dan seterusnya merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");