Sukan Hari Ini

Pintas saat akhir

Arau: Kontinjen Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) berjaya memintas kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada hari terakhir acara olahraga Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2015, di sini, semalam.

Ini berikutan MASUM mengumpul 19 pingat emas, tujuh perak dan lapan gangsa manakala MSSM hanya meraih 15 emas, 20 perak dan enam gangsa walaupun sebelum ini mengungguli acara berkenaan sejak hari pertama olahraga dipertandingkan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Antara penyumbang emas untuk MASUM pada hari terakhir itu pasangan kembar Zaidatul Husniah Zulkifli yang membantu skuad 4×400 meter wanita dan adiknya Zaidatul Husna, 200m wanita.

Dominasi MASUM dan MSSM juga meninggalkan lima pasukan lain jauh di belakang dengan Majlis Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (MASISWA) ketiga dengan 2 emas dan 10 gangsa.

Bagi acara renang, MSSM mendominasi hampir kesemua pingat dipertandingkan menerusi barisan atlet muda membabitkan perenang berusia 16 tahun ke bawah dengan 19 emas, 14 perak dan 16 gangsa.

Secara keseluruhan, kontinjen MSSM masih mendahului dengan 39 pingat emas, 36 perak dan 23 gangsa mengatasi pencabar terdekat MASUM 27-18-20 setakat jam 6.30 petang semalam.

Emas terakhir SIPMA 2015 akan menjadi rebutan antara MASUM dan MSSM apabila kedua-dua pasukan bertemu pada final bola sepak di padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, di sini, jam 8 pagi ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");