Isu Panas

PKR berjuang bukan kerana pangkat, kerusi

SHAH ALAM – Perjuangan PKR bukan kerana kerusi, bukan juga kerana pangkat atau isu-isu semasa yang hangat didebatkan di dalam negara.

Tetapi perjuangan PKR adalah kerana untuk menegakkan keadilan dan kebenaran serta menentang kezaliman, salah guna kuasa, rasuah dan menuntut hak rakyat.

Menurut Ketua penerangan Syed Ibrahim Syed Noh, perjuangan PKR harus kekal pada prinsip dan idealismenya.

“Mengapa kita berjuang?kita berjuang bukan kerana pangkat, kerusi atau isu semata-mata. Tetapi kita berjuang kerana untuk meneruskan idealisme perjuangan rakyat cetusan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itulah reformasi, falsafah dan teras perjuangan. Seruan Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) supaya kita membudaya dan menjiwai falsafah pembaharuan demi perjuangan rakyat. Isu datang dan pergi. Tetapi idealisme perjuangan dan prinsip akan kekal utuh,” katanya ketika menyampaikan ucapan pergulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 2015, hari ini.

Menurut Syed Ibrahim, masa depan negara berasa di persimpangan.

“Jika tiada panduan dan pedoman kita tidak pasti simpang mana yang harus dimasuki. Kerana itu amat penting kita memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa kepada rakyat.

“Tetapi dengan syarat penerangan harus dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih inovatif, kreatif dan aktif.

“Pada masa sama, PKR juga harus memperkasakan penerangan kerana salah satu faktor kemenangan PKR adalah kerana jentera penerangan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");