Berita Hari Ini

Polis Tingkatkan Kawalan Keselamatan Sidang Kemuncak Asean – TPM

KUALA LUMPUR: Polis meningkatkan kawalan keselamatan pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 yang akan bermula Rabu ini susulan serangan bersenjata dan bom di Paris.

“Kita bukan sahaja dalam keadaan bersiap sedia tetapi meningkatkan kawalan dengan menambah kekuatan daripada segi sumber tenaga terutama minggu depan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sidang Kemuncak Asean yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November ini akan dihadiri pemimpin rantau ini dan dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, barack Obama dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Parti Progresif Rakyat kepada myPPP, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beberapa bilangan pegawai keselamatan juga ditambah bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak berkuasa Malaysia semantau rapi menerusi saluran risikan untuk memastikan keselamatan negara ini terjamin.

Beliau berkata, pihak polis juga tidak akan teragak-agak bertindak jika memperoleh maklumat adanya ancaman terhadap keselamatan negara.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");