Perak Hari Ini

PORT Festival 2015 Pamer Pelbagai Acara

IPOH: Program PORT Festival 2015 yang dijangka akan berlangsung pada 5 dan 6 Disember ini akan menyediakan pelbagai acara untuk mempamerkan kesenian bakat-bakat dari negeri Perak.

Projek yang buat julung kalinya dianjurkan dan hasil inisiatif PORT (Koloni Karyawan Amanjaya) ini akan mempamerkan segala aktiviti seni dan kreatif yang telah dijalankan serta berjaya dikecapi selama ini.

PORT Festival 2015 tersebut akan diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh dan dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

IMG_1864

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, program berkenaan diadakan bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata, PORT Festival yang diadakan sempena empat tahun penubuhan PORT ini juga merupakan usaha yang diambil untuk membantu mereka yang berbakat bagi menjadikan seni itu sebagai satu kerjaya.

“Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan bakat seni dan memberi peluang kepada anak-anak Malaysia terutamanya dari negeri Perak bagi mengembangkan lagi bakat kesenian mereka.

IMG_1858

“Antara aktiviti yang dirancang adalah pertunjukkan dan pertandingan antik & kreatif, basikal antik, pertandingan fotografi, lukisan karikatur dan animasi serta pertunjukkan daripada kumpulan-kumpulan muzik tempatan.

“Selain itu, terdapat juga acara sampingan seperti penampilan khas maskot BoiBoi & Yaya dari Movie Animation Park Studios (MAPS) dan cabutan bertuah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir sama,  Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air merangkap ahli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengurus Besar PORT, Zamari Muhyi .

IMG_1867

Nolee yang juga merupakan Pengerusi PORT berkata, Tourism Perak juga akan menjadikan program berkenaan sebagai satu acara tahunan bagi negeri ini.

“Tourism Perak telah membuat keputusan untuk menjadikan PORT Festival ini sebagai acara tahunan yang akan diadakan pada minggu pertama bulan Disember setiap tahun.

“Ini secara tidak langsung dapat menarik lebih banyak pengunjung disamping dapat mempamerkan bakat-bakat yang sedia ada di negeri ini,” katanya lagi.

Beliau berkata lagi, lebih 10,000 pengunjung dijangka akan hadir bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Seramai 32 kumpulan pemuzik jalanan (Buskers) turut dijangkakan akan membuat persembahan selain daripada artis jemputan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");