Panasnya Hari Ini

Potong Bajet JPM Untuk IPTA

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta untuk memotong peruntukan bajet sebanyak RM1.4 bilion daripada bajet yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan diberikan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin berkata, ianya merupakan peluang untuk memperbetulkan perbelanjaan demi mahasiswa dan masa depan Negara.

“Saya menyeru Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengemukakan usul dalam peringkat Jawatankuasa Parlimen minggu depan dengan memotong RM1.4 bilion daripada JPM kemudiannya ditambahkan ke dalam peruntukkan bajet IPTA 2016,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, dalam pembentangan Bajet 2016 hujung Oktober lalu, JPM telah menerima peruntukkan sebanyak RM20.3 bilion.

Peruntukan yang diterima oleh JPM adalah peruntukan yang tertinggi berbanding bidang-bidang yang lain.

Sementara itu, peruntukan Bajet IPTA pada tahun hadapan telah menurun sebanyak RM1.4 bilion berbanding Bajet 2015.

Tze Tzin berkata, sekiranya Najib melaksanakan penambahan ke dalam Bajet IPTA, Najib dikhuatiri akan kehilangan sokongan terutamanya daripada golongan mahasiswa.

“Dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13 yang lepas, UMNO / Barisan Nasional hanya mendapat 46 peratus sokongan orang muda dalam kategori umur 21 hingga 25 tahun…adakah UMNO dan BN telah ‘give up’ cuba mendapat sokongan orang muda terutamanya golongan mahasiswa yang kebanyakkan berpendidikan tinggi dan pandai berfikir?”soalnya.

Mengulas lanjut, bajet IPTA pada tahun hadapan tidak seharusnya dipotong kerana hasil pelaburan dalam pendidikan akan memberi pulangan yang tinggi kepada kerajaan.

“Mengikut kajian OECD, pelaburan dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi daripada kerajaan.

“Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat RM6 dalam bentuk cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi juga akan mendapat ‘Multiplier Effect’ yang tinggi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");