Berita Hari Ini

Projek Duke 2 kini siap lebih 60 peratus

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan projek Lebuhraya Duta-Hulu Kelang Fasa 2 (Duke 2) yang membabitkan dua jajaran iaitu Sri Damansara Link (SDL) dan Tun Razak Link (TRL) kini mencapai kemajuan lebih 67 peratus.

Pengarah Konsortium Lebuh Raya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd, Zakaria Shaffie berkata, ia membabitkan kerja-kerja fizikal khususnya pembinaan struktur utama bagi kedua-dua jajaran lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan itu, pihaknya yakin Duke 2 dapat disiapkan mengikut sasaran ditetapkan sebelum dibuka kepada umum Disember tahun hadapan.

“Kami yakin apabila projek ini siap, ia mengurangkan kesesakan trafik sedia,” katanya.

Tambah beliau, dua daripada daripada lima kampung setinggan terlibat masih dalam proses pemindahan.

“Bagi tanah setinggan, kita beri sagu hati bagi bantuan pemindahan manakala bagi tanah persendirian, akta pengambilan tanah digunakan dan pemilik dibayar berdasarkan nilai semasa,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zakaria berkata, projek Duke 2 itu turut merangkumi pembinaan tempat letak kereta bertingkat ‘park n ride’ yang dihubungkan terus dengan stesen komuter baharu di Segambut.

Katanya, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di lebuh raya negara ini, dalam usaha mengurangkan kemasukan kenderaan dalam pusat bandar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");