Jenayah

Protes anti-Islam bertukar ganas

SYDNEY – AUSTRALIA. Polis Australia menahan enam penunjuk perasaan selepas perhimpunan anti-Islam di bandar Melton semalam bertukar ganas.

Polis berkata, seorang penunjuk perasaan ditahan kerana menumbuk kuda polis manakala tiga lagi ditahan kerana membawa senjata berbahaya semasa perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dianjurkan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Reclaim Australia itu diadakan bagi membantah pembelajaran agama Islam di sekolah dan pembinaan masjid di bandar berkenaan.

Tunjuk perasaan itu dihadiri kira-kira 300 hingga 500 peserta bertukar ganas apabila sebahagian peserta bertindak menyerang sekumpulan lagi penunjuk perasaan No Room for Racism, yang berkumpul bagi menyatakan sokongan mereka kepada komuniti Islam Australia.

“Kenapa mereka perlu mendirikan masjid dan sekolah Islam sedangkan mereka boleh menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kami? Mereka perlu menyesuaikan diri dan jadi seperti kami,” kata seorang peserta Reclaim Australia.

Sementara itu, jurucakap polis Victoria, Alan Byrne berkata, Reclaim Australia cuba menagih perhatian dan mengambil kesempatan di atas sentimen Islamofobia yang semakin meningkat sejak serangan pengganas di Paris, minggu lalu. – RT/Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");