Perak Hari Ini

PROTUNe Pupuk Nilai Keusahawanan Pelajar Sekolah

IPOH:Program Tunas Niaga (PROTUNe) merupakan ruang dan peluang yang disediakan antara lain bertujuan bagi membantu dan menggalakkan golongan muda terutamanya pelajar sekolah menengah mempelajari nilai keusahawanan.

Pelajar juga turut didedahkan dengan selok belok dalam menguruskan syarikat selain menerapkan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan pada masa hadapan.

Bagi penganjuran PROTUNe peringkat negeri tahun ini, melibatkan penyertaan seramai 160 orang pelajar yang mewakili 16 sekolah terpilih bagi menyertai konvesyen PROTUNe yang berlangsung di Hotel Heritage dekat sini hari ini.

Program PROTUNe merupakan penjenamaan semula daripada program Usahawan Muda (PUM) yang melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dalam bidang keusahawanan ajuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

PERAKTODAY2

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pengarah Divisyen Pembangunan Usahawan & Sosio Ekonomi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Amirul Hakim Abdullah.

Pada program tersebut, Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar berjaya merangkul johan keseluruhan anugerah syarikat terbaik menerusi penganjuran Konvesyen Tunas Niaga (PROTUNe) peringkat negeri bagi tahun ini selain memenangi Anugerah produk dan perkhidmatan terbaik.

Menurut Amirul, pendekatan elemen keusahawanan yang digunakan dalam pengajuran PROTUNe mampu memberi impak nilai keusahawanan dan ekonomi kepada golongan muda amnya.

“PROTUNe menerapkan elemen pengurusan kewangan selain membentuk elemen dan nilai keusahawanan yang menjadi penyumbang kepada ekonomi dan ianya dipelopori oleh golongan muda,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan konvesyen tersebut.

PERAKTODAY3

Ujarnya lagi, pelajar berpeluang menjana idea dan menghasilkan produk tersendiri untuk diketengahkan kepada umum.

Pada konvesyen tersebut, Sekolah Menengah Sains Tun Raja Azlan Shah Taiping berjaya merangkul johan bagi pertandingan Catur Bistari mengatasi 9 sekolah yang turut sama berentap.

Manakala anugerah Persembahan terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah Chenderong Balai dan berjaya membawa pulang wang tunai RM800, sijil penghargaan dan piala.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");