Panasnya Hari Ini

Rasuah Dapat Dibuktikan Dengan Gaya Hidup Mewah-Tun M

KUALA LUMPUR: Gaya hidup mewah pemimpin dan ahli politik merupakan satu bukti amalan rasuah dalam kalangan mereka dan mahkamah di negara ini perlu mengetahui perihal hakikat itu.

Perkara berkenaan dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Tun M menyatakan petunjuk bagi gejala rasuah adalah mengamalkan gaya hidup yang mewah seperti memiliki banyak kereta yang berharga tinggi.

Beliau kesal kerana pada masa kini, petunjuk-petunjuk yang disebutkannya tidak diambil serius dan kebanyakan dariapada mereka yang berkenaan mudah terlepas.

“Malangnya, jika anda pergi ke mahkamah undang-undang, bukti seperti itu tidak cukup. Mahkamah mahu lihat orang tampil ke depan dan berkata, ‘dia mengambil wang daripada saya’.

“Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah,” ujarnya ketika ucap utama pada Simposium Malaysia Perangi Rasuah 2015 di Kuala Lumpur.

Beliau yakin mereka yang peluang kepada mereka yang berjawatan tinggi untuk melakukan rasuah akan dapat dikurangkan sekiranya perkara itu diambil serius oleh pihak berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");