Sukan Hari Ini

Real Madrid mara selepas saingan sengit Shakhtar

KIEV: Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid terselamat dalam aksi penuh dramatik dengan menang tipis ke atas Shakhtar Donetsk 4-3 untuk meraih tangga teratas Kumpulan A, sekali gus mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Real nyata bermula garang di Lviv Arena dengan ledakan dua gol menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-18 dan minit ke-70. Dua lagi gol Real menerusi Luka Modric (m-50) dan Dani Carvajal (m-52).

Empat hari selepas dimalukan Barcelona dengan kekalahan 4-0 di El Clasico, terdapat keraguan dengan corak permainan bertahan diterap jurulatih Rafael Benitez, namun Real bangkit untuk menyerlah awal di Ukraine.

Selepas selepas dengan jaringan 4-0, Shakhtar tidak mahu menyerah apabila bangkit dengan menyumbat tiga gol dalam 12 minit terakhir permainan.

Alex Teixeira meledak dua gol untuk tuan rumah pada minit ke-78 menerusi penalti dan diikuti gol keduanya pada minit ke-88.

Pemain Brazil, Dentinho pula meledak gol ketiga pada minit ke-83 namun agak terlewat untuk mendapat gol penyamaan.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSV) mudah menewaskan Malmo 5-0 untuk menyertai Real dalam pusingan kalah mati. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");