Sukan Hari Ini

Real Madrid mara

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid terselamat dalam aksi penuh dramatik apabila menang tipis ke atas Shakhtar Donetsk 4-3 untuk meraih tangga teratas Kumpulan A, sekali gus mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.

Madrid nyata bermula garang di Lviv Arena dengan ledakan dua gol menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-18 dan minit ke-70 sebelum dua lagi gol dijaringkan oleh Luka Modric (m-50) dan Dani Carvajal (m-52).

Shakhtar tidak mahu menyerah apabila bangkit dengan menyumbat tiga gol dalam 12 minit terakhir permainan.

Alex Teixeira meledak dua gol untuk tuan rumah pada minit ke-78 menerusi penalti dan diikuti gol keduanya pada minit ke-88.

Pemain Brazil, Dentinho pula meledak gol ketiga pada minit ke-83, namun agak terlewat untuk mendapat gol penyamaan.

Pengendalinya, Rafael Benitez berkata, walaupun pasukannya tidak menunjukkan karakter yang sebenar, beliau tetap lega kerana berjaya meraih kemenangan.

“Secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati kerana apa yang penting adalah tiga mata untuk memastikan kita juara kumpulan.

“Memang ada kesalahan yang pemain lakukan sehingga lawan mampu bangkit dengan meledak tiga gol, tapi kita akan menganalisis kelemahan itu nanti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");